Aug 29, 2012

photoshoot raya

dah balik kampung di terengganu tiba masanya aku nak beraya dekat kuantan pula,sampai je kuantan ak beraya dengan kawan2 aku.dari rumah hakim ke rumah daeng ke rumah syah ke rumah kedeng fuh,memang perut aku kenyang gila ah makan je memanjang tapi still kurus hahaha.

hari esoknya aku book satu studio,bosan juga duduk rumah baik aku g photoshoot raya dengan kawan2 aku kan~setakat RM50 sejam apalah sangat.sepatutnya kedeng ikut aku g photoshoot dekat sungai isap ni tapi nasib malang dia xcident pula nasib baik tak ada apa2 yang teruknya motor dia ah,bawak macam orang gila memang ah xcident.

aku malas nak upload byk sgt gambar,size gambar bapok jin ni semua gambar aku dah resize~


selamat hari raya maaf zahir dan batin

Salam,selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua follower aku yang tak seberapa ramai ni kahkahkah.minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki ye :P

Raya tahun ni aku beraya dekat terengganu ah macam biasa setiap tahun aku beraya dekat terengganu tak pernah pun aku beraya dekat kuantan ni.ni nak ceritalah pasal raya aku yang gembira lulz~

Aku bertolak pergi terengganu lepas habis terawih terakhir bulan ramadhan.fuh rindu pula bulan ramadhan ni~sampai terengganu dalam pukul 130 pagi macam tu ah.sahur dekat kampung memang lain daripada lain.sahur ramai2 , tapi mata stim rapat ah masa tu.lepas sahur aku ikut atuk aku belah kampung ni pergi masjid.biasanya kalau dekat kuantan aku solat subuh dengan daeng tapi dekat kampung dengan atuk aku je yang pergi,yang lain solat dekat rumah ;p . tahukah anda atuk aku yang sudah berumur ni boleh bawa kereta lagi ? haaa silaplah ah atuk aku memang spesial siak!lepas solat balik rumah aku sambung tidur macam biasalah ~ dekat pukul 230 baru aku bangun dengan tak mandinya apa.watlek ah! petang tu bapak aku dengan atuk aku pergi ke kubur,ni first time aku pergi kubur moyang aku tahu! terbuka pula hati aku ni nak pergi kubur nak juga tahu mana satu kubur moyang aku kan~ dengan tak mandinya selumber aku pergi tapi time tu aku 100% bersih daripada najis ;p sampai je kubur memang rasa insaf nak mampus . aku baca doa pun rasa nak menitiskan air mata,bayangkan suatu hari nanti mak bapak aku dah tak ada? fuh,allah saja yang tahu betapa sedihnya.

Bila masa berbuka,semua mak saudara,bapak saudara datanga berbuka sama2.perghh macam biasalah setiap tahun order pizza berkotak2 air rootbeer berbotol2 wuuuu memang puas hati ah makan.yelah hari esoknya dah raya.malam tu aku balik rumah mak saudara aku nak tengok game liverfool punya match tak silap aku! hahaha time tu liverfool kalah beb 3-0 memang aku gelak besar ah sebab sepupu aku peminat fanatik liverfool ni.

Aku rasa aku dah bangun awal dah pagi raya tu,siap solat subuh lagi.tapi nokharromnya sepupu aku bangun macam haram lambat aku risau je tak dapat sembahyang raya pagi tu sebab jam dah nak dekat pukul 8 deng!lepastu mula ah gelepor cari baju melayu bagai,aku punya baju melayu dekat kampung lagi bestnya.last2 time bawa kereta amiiiik kau macam ribut pergi,aku dalam kereta senyap je ah.sampai je kampung tengok bapak aku dekat depan rumah tak mandi lagi tengah isap rokok masuk je rumah semua orang tak siap lagi siak! hahahaha dem aku yang gopoh sekali nak mandi bagai.aku ingat nak solat sama dengan meor tapi tak lepaslah dah lambat kan,last2 aku dengan sepupu aku jalan kaki je pergi sembahyang raya tak jauh mana ah surau tu dengan kampung aku.lepas habis sembahyang raya semua macam biasa balik rumah salam2 dengan mak bapak aku,photoshoot dengan famili bagai ah.

Dah ah aku malas nak cerita pepanjang sangat,aku ni bukan ingat sangat cerita yg dah lepas ni hahaha,chow selamat hari raya !